Dalam dunia ni,sape yang nak sakit?Semua orang takut sakitkan,yela,bila sakit ni banyak perkara tak dapat nak dibuat,duit pun kena keluar,nak pegi klinik,nak beli ubat.Demam pun cukup la,seksa rasanya,kalau sakit gigi lagi la,serba tak kena dibuatnya.
Tu kalau sakit biasa la,ada ke sakit yang luarbiasa?Ala,sakit ni bukan la luarbiasa cuma masuk kategori pelik je sikit,sebab sakit ni berkaitan dengan makhluk halus,syaitan,jin.Macam yang sekarang ni berebut-rebut produser drama nak buat untuk slot seram kat TV3..huhu!Maaf la ya,saya ni bukan tak percaya pada perkara ni,tapi bila tengok drama kat slot seram tu rasa macam melampau pun ada,tak logik pun ada,merapu pun ada.Niat tu mungkin nak bagi kesedaran,tapi kalau dah motif utama untuk keuntungan,kesudahannya tentu la buat asal bole yang penting stesyen nak beli.
Saya ni bukan la pandai dalam hal ni,maklum la diri ni bukan ustaz,bukan ahli ugama cuma nak berkongsi pengalaman dan pandangan je.Manusia ni sememangnya susah nak buang rasa irihati,hasad dengki,maka atas sebab ini la masalah sakit luarbiasa ni berlaku dan masih berlaku walau dalam zaman serba moden dan canggih ni.Sakit luarbiasa ni ada juga puncanya dari kesilapan dan kealpaan orang-orang yang terdahulu sebelum kita yang menyebabkan ada dari kita yang terpaksa menanggugnya,tapi dari kita menyalahkan mereka,sebenarnya kita harus bersyukur.Kenapa?Sebab disebalik sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya,kita gembira dengan perkara baik yang berlaku dalam hidup kita,tapi sering merungut bila perkara tak terduga terjadi sedangkan perkara yang nampak buruk dan tidak baik itu ada kalanya membawa hikmah yanng besar.Perkara yang kita suka tidak semestinya baik untuk kita dan perkara yang kita tidak suka itu tidak semestinya tidak baik untuk kita.
Bila kita ditimpa masalah sakit luarbiasa ni,saka ke,kena santau ke,kena buatan orang ke dan pelbagai perkara lagi yang tak tersebut,perkara yang pasti akan kita lakukan ialah berusaha mencari penawarnya..betul tak?Syukur pada zaman seba moden ni,tak susah nak dicari,percaya tak kalau buat GOOGLE Search tentang sihir,macam2 yang keluar,blog,website.Pihak stesyen TV pun turut main peranan dalam promosi ustaz2 yang mampu menghulur pertolongan,kalau tak jumpa jugak,cuba la tanya-tanya sedara mara,kawan sepejabat,pasti ada yang tau dan tak keberatan nak rekomenkan.
Cuma dalam banyak-banyak tu,yang jadi masalahnya ialah nak cari yang sesuai,serasi,yang betul nak menolong.Nak jumpa ustaz yang popular,tempat memang selalu full,kadang tu jauh,dah la sakit,nak kena travel tempat yang jauh,tu lom lagi kira masa nak tunggu turn.Memang ramai yang berkemampuan untuk membantu,tak kurang ramai juga yang akan mengambil kesempatan.
Pernah saya bagi pandangan pada seorang kawan,saya cakap kat dia,bila sakit ni,kita mencari penyelesaian mutlak,maksudnya kita pergi satu tempat dengan jangkaan sakit kita akan terus hilang.Pada saya orang yang mendapat kesusahan dari segi sakit luarbiasa ni sebenarnya orang yang Allah sayang,kenapa,sebab Allah bagi dia peluang untuk dekat dengan Allah!Sakit luarbiasa doktor tak mampu ubat,akhirnya kena cari ustaz,ustaz pasti akan suruh lakukan amalan seperti baca surah-surah Al-Quran,buat solat-solat sunat supaya proses pemulihan dapat jadi lebih cepat.Jadi kalau la yang kena sakit ni dulunya agak jauh dari Allah,bila sakit ni akan mendekatkan dia dengan Allah kan,dan bagi yang memang tak lupa pada Allah,sakit ni akan mendekatkannya lagi dengan Allah.Tapi ada waktunya kita cuma mengharap ustaz menyembuhkan kita sedangkan kita tidak berusaha sama-sama,tak boleh jugak.
Saya bagitau lagi pada kawan saya,proses kita mencari penawar sakit ni umpama perjalanan kita ke suatu tempat,tapi dengan berjalan kaki,perjalanan tu lama,macam-macam yang akan kita tempuhi,macam-macam orang yang akan kita temui,tapi berkat kesabaran kita,kekuatan yang kita pohon pada Allah,keyakinan kita akan pertolongan Allah,insyaAllah,kita kan sampai kedestinasi kita walau ia memakan masa yang lama.Bukan saja kita dapat sampai kedestinasi kita,tapi bayangkan pengalaman yang kita peroleh sepanjang perjalanan kita itu serta orang-orang yang kita temui terutama yang menolong kita seikhlas hati,berkongsi ilmu dan pengalaman mereka yang menjadi bekalan kita agar kita kongsi pula dengan orang lain.Kita rasa sakit itu satu beban tapi sebenarnya itu cara Allah meberi peringatan agar kita sedar dari kelalaian dan kealpaan kita.
Kekuatan diri serta keyakinan tinggi adalah sebaik-baik penawar.....