Maaflah ya kalau tulisan saya ni menyinggung mana-mana pihak,tiada niat nak menyinggung,sekadar meluah apa yang dirasa.
Saya ni bukanlah seorang yang pandai,belajar cuma setakat tingkatan 6,aliran sastera pulak tu,dapat masuk U tapi tak tamat pengajian,cuma setakat tahun 3 je untuk kursus ijazah namun saya bersyukur kerana saya dibesarkan dengan baik oleh kedua ibubapa yang juga tidak berpelajaran tinggi,maklumlah,ibubapa membesar dizaman Jepun,zaman sebelum merdeka.Pengalaman hidup juga banyak mengajar dan membentuk diri saya untuk menjadikan siapa saya sekarang ini..Alhamdulillah..syukur.Saya bukanlah orang kaya,hidup saya sederhana je,ada tempat tinggal,ada kenderaan sendiri,cukup makan dan pakai buat saya dan isteri.
Zaman sekarang orang kita makin pandai,ramai yang dapat kemudahan menimba ilmu,makin ramai yang lulus dari Universiti,kita semakin pandai kerana maklumat terkini mudah kita perolehi oleh kerana kemajuan teknologi yang kita ada sekarang,tapi dalam kita menjadi semakin pandai,rupa-rupanya kita masih tidak berapa bijak,atau kemajuan itu membuat kita semakin malas?
Berapa ramai dari kita yang sanggup mencari parking,parking kereta kita elok-elok kemudian pergi ke kedai atau tempat yang ingin kita tuju?Ramai dari kita tentu memilih untuk parking seberapa hampir dengan tempat yang ditujukan,kalau dapat betul-betul depan kedai atau bank lagi baguskan,tak kisahlah walau kita buat double atau triple parking,yang penting kita senang,peduli ape orang lain,lagi pun kita park kat situ kejap je.Sedang tengok berita malam tadi,ada berita seorang lelaki yang ketali gantung kerana membunuh.Nak tau apa puncanya?Dia park kereta belakang kereta orang,double parking la.Bila tuan punya kereta tu nak keluar,tentulah tak boleh sebab dihalang kereta beliau,lalu terjadi pertengkaran,melarat jadi pergaduhan,lelaki ni pukul tuan punya kereta yang dia halang tu dengan kunci stereng sampai mati!Masya-Allah!
Saya pergi solat Jumaat naik kereta,sebab masjid jauh jugak dari rumah,lagipun kereta tu je yang saya ada.Untungnya saya kerja freelance,work from home,saya boleh keluar awal kemasjid.Alhamdulillah,setiap Jumaat masjid dikawasan saya ni memang ramai jemaahnya,cuma yang buat kurang sedap ialah sikap orang yang parking sesuka hati je untuk ke masjid.Kadang tu bila saya nak pulang lepas solat,ada kereta kat sebelah kereta saya,mujur depan kosong,dapat lah jugak keluar,ada jugak kereta yang kat tengah-tengah jalan,hinggga menghalang lalulintas.Kalau kita memandu kemasjid,cuba la pergi awal untuk dapat parking,kalau parking dah penuh,cuba la parking jauh sikit,apa salahnya kita jalan,atau kalau perlu jugak parking dekat-dekat sampai triple park,pastikan kita keluar awal agar kereta kita tidak menghalang orang lain,bukannya pas solat kita singgah makan dulu!
Setaip hari Sabtu ada pasar malam kat tempat saya,letaknya betul-betul sebelah sebuah pusat beli belah.Saya suka pergi pasar malam ni,cuma saya tak pergi sebelah malam,tapi selalunya sebelah petang selepas asar.Beli daging sebab yang jual daging tu dah jadi kawan,lagi pun daging dia murah dan elok.Beli nasi lemak bungkus untuk makan malam,4 bungkus,saya 2 bungkus,isteri saya dua bungkus..RM1 je sebungkus!sedap lak tu..kadang-kadang tu beli jugak sayur,ikan,bawang-bawang..Setiap kali ke pasar malam saya akan park kereta kat shopping complex tu sebab parking kat situ percuma untuk sejam pertama,dan kalau untuk pemegang kad pusat beli belah kat shopping complex tu,percuma untuk 2 jam pertama,mudah dan selesa,tapi saya hairan,setiap kali hari pasar malam,jalan kat situ pasti sesak,bukan hanya kerana pasar malam tu,tapi sebab orang yang park kereta kat tepi jalan,sampai atas pembahagi jalan pun ada.
Itulah antara sikap kita sekarang,yang suka nak menyenangkan diri sendiri tanpa memikir kesulitan yang mungkin timbul untuk orang lain,kita semakin pandai,tapi bukan semakin bijak.
No comments:
Post a Comment