05 December 2013

UMNO..dulu,kini dan selamanya..

Mentang-mentanglah tengah PAU2013..terus pasal UMNO..haha..bukan apa..ikuti jugak politik ni..takde la nanti sampai tak tau apa langsung kan..ingat lagi masa PRU11 2004..masa tu kat Johor..siang duk bilik gerakan BN..malam kat bilik gerakan PAS..kawan2 ada dari dua2 parti..dan mereka semua berkawan baik,fahaman politik je yang berbeza..takde gaduh2 pon..sindir tu biasalah kan..

Pakcik penyokong tegar UMNO..tak pernah miss rasanya perhimpunan agung..sekarang dah uzur takde dah kot..bila nak persidangan..berebut2 nak jadi perwakilan..dapat pegi KL..duk hotel..dapat duit lagi..sape taknak..

Rasanya perjuangan UMNO dulu dan sekarang masih sama..itu yang dilaungkan la..cuma rasanya mentaliti,kekuatan dan keutuhan terhadap perjuangan dikalangan ahli yang tak sama macam dulu..dulu berjuang dalam keadaan serba kekurangan tapi semangat yang tinggi membolehkan matlamat dicapai walaupun sukar..dan perjuangan mutlak kerana parti,kerana ugama dan bangsa..

Sekarang dalam keadaan serba lengkap,moden dan canggih..perjuangan lebih bersifat peribadi..parti jadi sandaran untuk menaikkan diri ketahap tertinggi..atau paling tidak ketahap yang membolehkan pangkat dan kuasa diguna untuk menjadikan kehidupan lebih selesa untuk diri sendiri,kaum keluarga,saudara mara dan sahabat handai..

Ada yang guna pangkat dan kuasa untuk beroleh kesenangan..ada yang guna kesenangan untuk peroleh pangkat dan kuasa agar kesenangan boleh dilipat gandakan..ada ke dikalangan ahli UMNO yang pegang jawatan yang hidupnya biasa saja..saya tak pasti..tapi yang saya hampir pasti ramai je yang mempunyai perniagaan yang berjaya,,rumah yang selesa dan mungkin bukan sebuah..kereta yang baik mungkin jenama Eropah dan mungkin juga bukan sebuah..

Mungkin ada yang akan beritahu sesuailah semua ganjaran itu dengan sumbangan beliau..apa formula yang diguna pakai untuk mengira ganjaran berdasarkan sumbangan?

Kan lebih baik kalau niat untuk memegang jawatan itu betul2 untuk perjuangkan hak bangsa dan agama semata2 kerana Allah ta'ala..ganjarannya biarlah Allah yang tentukan dan pastinya kita mendapat kebaikan dunia dan akhirat..Wallahualam

No comments:

Post a Comment