21 November 2011

Pandai Tak Semestinya Bijak..

Maaflah ya kalau tulisan saya ni menyinggung mana-mana pihak,tiada niat nak menyinggung,sekadar meluah apa yang dirasa.

Saya ni bukanlah seorang yang pandai,belajar cuma setakat tingkatan 6,aliran sastera pulak tu,dapat masuk U tapi tak tamat pengajian,cuma setakat tahun 3 je untuk kursus ijazah namun saya bersyukur kerana saya dibesarkan dengan baik oleh kedua ibubapa yang juga tidak berpelajaran tinggi,maklumlah,ibubapa membesar dizaman Jepun,zaman sebelum merdeka.Pengalaman hidup juga banyak mengajar dan membentuk diri saya untuk menjadikan siapa saya sekarang ini..Alhamdulillah..syukur.Saya bukanlah orang kaya,hidup saya sederhana je,ada tempat tinggal,ada kenderaan sendiri,cukup makan dan pakai buat saya dan isteri.

Zaman sekarang orang kita makin pandai,ramai yang dapat kemudahan menimba ilmu,makin ramai yang lulus dari Universiti,kita semakin pandai kerana maklumat terkini mudah kita perolehi oleh kerana kemajuan teknologi yang kita ada sekarang,tapi dalam kita menjadi semakin pandai,rupa-rupanya kita masih tidak berapa bijak,atau kemajuan itu membuat kita semakin malas?

Berapa ramai dari kita yang sanggup mencari parking,parking kereta kita elok-elok kemudian pergi ke kedai atau tempat yang ingin kita tuju?Ramai dari kita tentu memilih untuk parking seberapa hampir dengan tempat yang ditujukan,kalau dapat betul-betul depan kedai atau bank lagi baguskan,tak kisahlah walau kita buat double atau triple parking,yang penting kita senang,peduli ape orang lain,lagi pun kita park kat situ kejap je.Sedang tengok berita malam tadi,ada berita seorang lelaki yang ketali gantung kerana membunuh.Nak tau apa puncanya?Dia park kereta belakang kereta orang,double parking la.Bila tuan punya kereta tu nak keluar,tentulah tak boleh sebab dihalang kereta beliau,lalu terjadi pertengkaran,melarat jadi pergaduhan,lelaki ni pukul tuan punya kereta yang dia halang tu dengan kunci stereng sampai mati!Masya-Allah!

Saya pergi solat Jumaat naik kereta,sebab masjid jauh jugak dari rumah,lagipun kereta tu je yang saya ada.Untungnya saya kerja freelance,work from home,saya boleh keluar awal kemasjid.Alhamdulillah,setiap Jumaat masjid dikawasan saya ni memang ramai jemaahnya,cuma yang buat kurang sedap ialah sikap orang yang parking sesuka hati je untuk ke masjid.Kadang tu bila saya nak pulang lepas solat,ada kereta kat sebelah kereta saya,mujur depan kosong,dapat lah jugak keluar,ada jugak kereta yang kat tengah-tengah jalan,hinggga menghalang lalulintas.Kalau kita memandu kemasjid,cuba la pergi awal untuk dapat parking,kalau parking dah penuh,cuba la parking jauh sikit,apa salahnya kita jalan,atau kalau perlu jugak parking dekat-dekat sampai triple park,pastikan kita keluar awal agar kereta kita tidak menghalang orang lain,bukannya pas solat kita singgah makan dulu!

Setaip hari Sabtu ada pasar malam kat tempat saya,letaknya betul-betul sebelah sebuah pusat beli belah.Saya suka pergi pasar malam ni,cuma saya tak pergi sebelah malam,tapi selalunya sebelah petang selepas asar.Beli daging sebab yang jual daging tu dah jadi kawan,lagi pun daging dia murah dan elok.Beli nasi lemak bungkus untuk makan malam,4 bungkus,saya 2 bungkus,isteri saya dua bungkus..RM1 je sebungkus!sedap lak tu..kadang-kadang tu beli jugak sayur,ikan,bawang-bawang..Setiap kali ke pasar malam saya akan park kereta kat shopping complex tu sebab parking kat situ percuma untuk sejam pertama,dan kalau untuk pemegang kad pusat beli belah kat shopping complex tu,percuma untuk 2 jam pertama,mudah dan selesa,tapi saya hairan,setiap kali hari pasar malam,jalan kat situ pasti sesak,bukan hanya kerana pasar malam tu,tapi sebab orang yang park kereta kat tepi jalan,sampai atas pembahagi jalan pun ada.

Itulah antara sikap kita sekarang,yang suka nak menyenangkan diri sendiri tanpa memikir kesulitan yang mungkin timbul untuk orang lain,kita semakin pandai,tapi bukan semakin bijak.

14 November 2011

Yakin...

Apa yang buat kita yakin pada sesuatu?Biasanya kita akan yakin pada perkara yang kita boleh lihat,boleh rase,boleh cuba,pendek kata benda yang nyata la kan.Contohnya kalo nak beli kereta kita akan test drive dulu,kalo rase sedap pecutannya,handlingnya,pastinya akan menambah keyakinan kita untuk membelikan.Kalo sakit,jumpa doktor,dapat ubat,makan ubat,pastu kita rasa sihat semula.Cuba kalo jumpa doktor,doktor kata kita tak sakit,tak bagi ubat pun,kita rasa puashati tak?tentunya tidak,mesti kita g klinik lain,jumpa doktor lain untuk second opinion,doktor tu pun cakap,ada demam sikit,bagi ubat..baru kita rasa legakan..

Saya suka je ikut kawan-kawan,sedara ke kalo diorang g berubat cara tradisional..nanti diorang akan siap beli air mineral la,kemenyan la,garam kasar la..dan ada jugak benda-benda lain bergantung pada sape yang diorang nak g jumpa tu..saya ni bukan ape,saya suka tengok gelagat dan kaedah orang-orang yang mengamal perubatan tradisional ni..Satu kesimpulan yang dapat saya buat hasil pemerhatian saya,bahawa masyarakat kita memang percaya pada perubatan tradisional ni dan kebanyakkannya yakin dengan kebolehan pengamal perubatan tersebut.Cuba kalo kita g berubat,orang yang mengubat tu takde bagi ape-ape "bekalan" pada kita,yakin ke kita pada orang tu?Tapi kalo dia bagi kita air untuk minum atau mandi,kemenyan untuk dibakar,garam untuk ditabur keliling rumah,pasti keyakinan kita lebih pada orang tersebutkan..Keyakinan kita lebih kuat jika ada sesuatu yang kita boleh lihat atau rasa..

Masa sekolah dulu,pernah seorang rakan bertanya,orang Islam bila solat mengadap kiblat,bukan mengadap tuhan,tapi solat tu tanda seorang hamba mengadap Allah,tuhan yang menciptakannya..alamak..tersentak jugak dengan soalan dia tu..ligat memikir macamane nak jawab..ilmu ugama bukannya mantap untuk berdepan persoalan yang mendalam sebegitu..sekadar tahu macam apa yang orang lain tahu,mungkin banyak tak tahu dari tahu..Entah macamane tiba-tiba boleh dengan selamba je jawab..Kita semua tahu,manusia tidak boleh hidup tanpa oksigen,dari saat kamu dilahirkan,sampai sekarang,kamu masih hidup,tapi pernah tak kamu nampak oksigen yang kamu hirup untuk kekal hidup?Tak nampakkan,tapi kamu yakin ia ada untuk membantu kamu hidupkan..sama la jugak bila kita solat,kita tak nampak Allah,tapi kita yakin Allah sentiasa ada melihat apa yang kita lakukan,mendengar apa yang kita perkatakan..saya tengok kawan saya mengangguk tanda setuju..fuhhh..Alhamdulillah..

Keyakinan adalah sesuatu yang harus kita sematkan kuat-kuat dalam hati dan diri kita untuk menghadapi kehidupan yang semakin mencabar.Kita akan sentiasa diduga dan diuji sepanjang hidup kita,bagaimana kita hadapi dan tangani segala dugaan dan ujian itu adalah penentu kekuatan keyakinan kita pada Allah yang Maha Besar,Maha Berkuasa,Maha Agong,Maha Pengasih,Maha Penyayang dan bahawa sesungguhnya Allah adalah penentu segala-galanya.

Sama-samalah kita renungkan,bersyukur tak kita dengan apa yang kita ada sekarang?Kita takde rumah besar,tapi sekurang-kurangnya kita ada rumah,ada orang yang takde rumah,rumah nak roboh.Kita tak makan sedap tiap-tiap hari tapi sekurang-kurangnya kita sentiasa ada makanan,ada orang yang makan sekali sehari,ada orang yang kebuluran.Setiap kali kita rasa kita ada kekurangan,cuba fikirkan dalam dunia ni kita je ke yang kekurangan atau ada orang lain yang lebih teruk dari kita,baru kita sedar bahawa kita taklah dalam keadaan yang daif,melarat,merempat.Sentiasa yakin akan pertolongan Allah,sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki.Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.Allah mungkin tak bagi kita kaya raya sebab Allah tak nak kekayaan itu melalaikan kita,Allah mungkin tak bagi kita pangkat dan kuasa sebab Allah tak nak pangkat dan kuasa itu buat kita menjadi zalim,buat kita jadi penindas..masyaAllah..

12 November 2011

Kena ada tajuk ke..?

Dulu saya ada blog,tulis dalam English lagi..tapi dah lama tak update..nanti ingat nak update..nak aktifkan balik.Ni blog baru..dah lama jugak saya bukak tapi tak update apa-apa pun..masa bukak tu rase banyak idea nak tulis..terlalu banyak..sudahnya habuk pun tarak..huhu!

Orang kate tulis blog biar berkenaan benda yang kita suka,yang kita minat dan ada makhluk kat luar sana yang pasti akan punya minat sama ngan kita yang akan baca..penduduk dunia dah 6 billion,takkan takde 6 orang yang sudi nak baca blog kita kan..lom tentu lagi bro..

Kalo ikut petua nak tulis blog,tulis tentang benda yang kita suka dan minat..masalah jugak pada saya sebab saya ada banyak minat dan semua minat tu benda yang saya suka..kerana itulah entry ni tajuk pun saya tak tahu nak letak ape..

Minat dan kesukaan saya pelbagai antaranya ialah bolasepak, menolong orang ,memasak, memerhati gelagat manusia, mengomen, membebel, memberi pandangan,kaunseling,motivasi..emm..ada yang tertinggal ke.. rasenya takde.. so.. nak menulis pasal sume benda tu ke?Rasanya saya nak menulis bergantung pada apa yang saya nak tulis pada ketika dan waktu saya mengadap komputer saya pada waktu itu..bole?

Untuk entry ni rasenya nak tulis pasal berhenti merokok la..menarik gak tajuk ni kan..sekadar nak berkongsi la..sebab ini pengalaman peribadi saya.Orang kate susah nak berenti merokok ni..macam-macam cara orang usahakan untuk berenti merokok..sekarang ni siap ada produk yang bole bantu penghisap rokok berenti merokok..biasa la manusia kan..sume benda bole dijadikan peluang perniagaan.

Cuba kita ingat semula,waktu kita mula merokok dulu..ada tak sape-sape paksa kita atau upah kita supaya kita hisap rokok?Rasenya takde kan..saya mula hisap rokok masa tingkatan 3,umur 15 tahun..suka-suka ikut sedara..tiada paksaan dan upah.Saya berhenti merokok masa nak kahwin tahun 2010,sebab dah janji pada diri sendiri dan bakal isteri saya akan berhenti merokok..masa tu umur saya 42 tahun dan sesudah menghisap rokok selama 27 tahun!Kalo saya cerita macamane saya berenti,tentu orang tak caye..saya cuma niat bila rokok dalam kotak yang ada pada saya waktu itu habis,itulah rokok terakhir saya..Alhamdulillah..saya berjaya..memang itu rokok terakhir saya..tak perlu produk bantu hilang ketagihan,tak perlu kaunseling,tak perlu bantuan dan kata-kata semangat dari keluarga mau pun rakan..cuma kekuatan yang ada pada kita yang kita sendiri tidak sedari dan tidak pernah yakin ada..Kalau masa nak mula kita sendiri yang buat pilihan dan mulakan,kenapa bila nak berenti kita perlu bantuan untuk buat pilihan dan hentikan?

Bila difikirkan,ada betulnya bila orang kate,nak buat benda baik ni memang susah,memang liat,banyak halangan tapi kalau nak buat benda tak baik,senang aje,cukup mudah dan ada je yang sudi membantu,menunjuk jalan..Pokok pangkalnya hati..tepuk dada tanya selera.

Perkara yang paling sukar untuk kita lakukan ialah untuk yakin dan percaya pada benda yang kita tidak dapat lihat,tak dapat sentuh..betul tak?Kita bincang entry akan datang ya..InsyaAllah..